Wednesday, April 17

...:... 10 makanan paling menggemukkan ...:...

selamat tengah hari !!!!!!!

nak kongsi satu cerita rasanya memang boleh tambah pengetahuan semua.. tengah boring2 tu saja la google2 and then ternampak satu artikel ni terus macam confident ja nak baca lepas baca title dia " 10 makanan paling menggemukkan " hahahahahaha even kalau siapa yang tengok pun mesti nak baca juga kan . nak tau tak makanan apa yang paling menggemukkan . 



1. Nasi Lemak 





 haaaaaa antara makanan yang paling menggemukkan adalah nasi lemak. aku percaya mesti ramai yang suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi termasuk juga aku . tapi tahukah anda hidangan nasi lemak mengandungi karbohidrat , lemak dan protein lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal , telur rebus, ikan bilis dan kekacang . hidangan yang lengkap lebih kurang antara 450-500 kalori yang terdapat di dalam hidangan nasi lemak . apatah lagi yang kadang2 makan 2 bungkus tuh dan di sesetengah tempat terdapat ayam goreng (240 kalori) dan sambal sotong (170 kalori) atau juga lauk yang lain . hahaa rasa2 menggemukkan tak kalau yang makan tiap hari ???????


2. Roti Canai 


roti canai adalah makanan yang aku suka makan setiap minggu. paling senang dan paling cepat . siapa tak suka kan . tapi rupa2 nya satu keping roti canai tu = 300 kalori . kalau dua keping dah 600 kalori . dalam sedar tak sedar untuk breakfast saja sudah 600 kalori . manakan lagi lunch and dinner kan .bayangkan kalau berlari di treadmill dan jogging kira-kira 90minit gitu barulah terbakar 600 kalori tu...


3. Local Fast Food


biasa nya mama kita akan masak sarapan pagi nasi goreng kat rumah kan. bukan sja nasi goreng tapi mee egoreng, maggi goreng . pendek kata fast food.. tapiiiiiiiiiiiiiii....... sepinggan nasi goreng tu mempunyai kalori paling besarr sekali iaitu 630 kalori . kerana pada kebiasaanya nasi goreng digoreng sekali bersama ayam atau daging, telur sedikit , sayur dan bermacam lagi tambahan . ini menjadikan nasi goreng adalah makanan yang paling tinggi kalorinya. Dan menjadikan nasi goreng adalah makanan yang tidak seimbang kerana nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat.


4. Aiskrim



nahhh aiskrim siapa tak sukaa kan.. tambah2 cuaca di malaysia yang panas ni memang sedap kalau dapat makan aiskrim kan .. yummmmm2 terliur kn.. hehhe tapi kena ingat aiskrim ni tinggi lemak dan gula serta kalori pun tinggi jugak . kalau kita makan dua scop aiskrim pun dah 380 kalori ?? haaa budak2 kecil suka kan makan tu .


5. Fast food



okeyy fast food ni kiranya macam makanan segera lah .. contohnya burger, mcd , kfc, dan sebagainya . semua tu dikategorikan sebagai fast foos tau .. macam aku sendiri pun memang suka makan fast food ni sebabnya cepat . tapi tak boleh makan selalu sebab kalorinya tinggi.. contonya hidangan yang "super size" boleh mencecah 900 kalori tau . hmm lepas ni kena pikir dulu sebelum makan . kalau sekali sekala tak salahhhh .


6. Roti Manis Donut



Tren remaja sekarang memang suka kan makan BIG APPLE DONUT tuh. sebab macam pilihan ada sana dan memang sedap2 belaka. tapi kadang-kadang anda salah sangka yang donut tidak memberi kesan kegemukan apa-apa. tapi roti manis atau donut memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat kalori. 1 donut bersamaan 200 kalori .. kalau promosi "beli 5 percuma 1"= 1200 kalori.



7. Makanan Bergoreng 






kalau kita perasan jalan2 pergi mana pun mesti ada orang berjual tepi jalan .. biasanya pisang goreng lah kan .. bagi yang bekerja memang suka beli pisang goreng dalam perjalanan pulang . memang sedap dimakan bila masih panas . kalau yang keluar pergi temujanji pasti akan membelinya ketika pulang kan 1 pisang goreng = 90 kalori . kalau selalu kita beli rm1 suda 7 pisang goreng . nahhhhhh


8.  Minuman Bergula 


kalau nama pun minuman bergula . memang tinggi kalori . okey kalau 1g gula = 4 kalori dan ia kandungan utama kebanyakan minuman-minuman di Malaysia. biasa kita minum minuman tin berkarbonat biasanya 150 kalori . disebabkan itu juga , dinasihatkan jangan mengambil minuman tin kerana ia nya tidk baik untuk kesihatan kita semua.


9. Teh Tarik


teh tarik biasanya dimonopoli bagi usia yang 40-an kan . biasanya mereka lebih suka memesan teh tarik jika minum di kedai . dinasihatkan tidak minum teh tarik setiap hari kerana 1 gelas teh tarik mengandungi 90kalori. memang tak banyak tetapi jika teh tarik adalah kuantiti yang diambil setiap hari. bayangkan berapa kalori sudah terkumpul dalam badan jika diminum setiap hari.

10. Kuih Muih


seperti di negara2 lain juga kuih muih malaysia memang penuh dengan gula . sebab itu manis .. terutamanya di negeri Kelantan memang mengamalkan makanan yang manis . sebagai panduan mudah anggap sahaja sebiji kuih mengandungi 120 kalori .

sebenarnya semua bergantung kepada diri kita sendiri . yang penting mengamalkan makan yang sihat
semoga menjadi panduan untuk kita semua :)


No comments:

Post a Comment