Thursday, August 1

MeReKa D! SaNa

tika kita disalut kemewahan rasa
terlintaskah kita di mana mereka
bersahurkah mereka semua
beriftarkah mereka

sedang kita bersuka ria
mereka di sana bersengkang mata
itulah beza mereka dan kita
sama sekali jauh berbeza

mesir juadah kudeta
palestin juadah senjata
rohingya juadah air mata
syria juadah sengketa
somalia juadah derita
afghanistan juadah angkara
zulmatnya juadah mereka
tak seperti juadah kita

bersyukurlah kita
kita tak seperti mereka
kerana masih tak dicabut bahagia 
tenang menuai ibadat dalam selesa
moga terikat kejap takwa buat-Nya

:::: Saat Yang Dinanti :::

balik kampung !!! oh oh oh balik kampung !!!


hahahahaha kalau lagu raya awal2 puasa pun ade dah dengar kan.. hihi awal sungguh diorang pasang..
ok today 02/08/2013 hari yang memang ditunggu2 aku dan juga family.. hari kami pulang ke kampung halaman di Perak.. hahaha rasa teruja tu memang ade la kann.. sape tak seronok balik kampung.. hahaa
same with me .. menghitung masa.. flight petang ni pukul 6.45 ngam2 lepas waktu berbuka.. macam balik raya tahun lepas berbuka di airport. sebenarnya itu semua pengalaman baru untuk aku selama lebih 2 tahun aku tinggal di Sabah ni. beg2 semua dah siap packing tinggal masuk je lagi dalam kereta. tak lupa juga untuk si 'dia' yang juga pulang ke Sabah hari ni. semoga selamat sampai dan dipermudahkan perjalanan.. haha macam kelakar pulak 'dia' balik sini aku balik sane. In Shaa Allah kalau ade rezeki kita jumpa di sini kan. ok la rase malas pulak nak taip i'll continue next time babai !!