Thursday, August 1

MeReKa D! SaNa

tika kita disalut kemewahan rasa
terlintaskah kita di mana mereka
bersahurkah mereka semua
beriftarkah mereka

sedang kita bersuka ria
mereka di sana bersengkang mata
itulah beza mereka dan kita
sama sekali jauh berbeza

mesir juadah kudeta
palestin juadah senjata
rohingya juadah air mata
syria juadah sengketa
somalia juadah derita
afghanistan juadah angkara
zulmatnya juadah mereka
tak seperti juadah kita

bersyukurlah kita
kita tak seperti mereka
kerana masih tak dicabut bahagia 
tenang menuai ibadat dalam selesa
moga terikat kejap takwa buat-Nya

No comments:

Post a Comment