Thursday, February 7

...:... tersentuh hati ...:...

Assalamualaikum dan selamat pagi.. hari ini saja nak kongsi cerita pengalaman yang aku nampak .. hee biasalah setiap pagi mesti tunggu bas di depan taman aku tuk untuk pergi kerja .. kalau naik kenderaan awam ni biasalah ada sedikit rasa tak selesa .. bukan apa pemandu bas ni ambil selagi mana orang ada .. walaupun bas dah penuh . kononya yang penting untung tuh .. sekali arung ja.. jadi macam2 lah orang yang naik kenderaan awam ni tak kira umur .. dari bayi , pelajar , lelaki , perempuan , sampai lah ke warga emas .. semua naik kenderaan awam ni . . tapi apa yang buat kan aku tersentuh hati sangat bila ada warga emas atau orang tua , ada sorang lelaki ni aku rasa gentleman snagat sebab dia pelawa warga emas ni tadi duduk tempat dia .. dalam hati aku kata masih ada juga orang yang prihatin .. yalah bukan selalu aku tengok orang buat macam tu .. mengutamakan dahulu mereka2 yang tidak kemampuan sedangkan kita ni masih kuat dan muda lagi .. jadi aku rasa niat murni pemuda tu patut dicontohi dan diteladani .. dn lepas beberapa minit ada pulak seorang wanita bersam anak kecil nya dalam lingkungan 5-6 tahun ... berbaju sekolah lagi kanak2 tu .. masuk naik bas .. terus ada lagi seorang pemuda mempelawa mereka duduk lantas bangun.. aku tersenyum melihat apa yang aku nampak dpan mata .. hee teringat pada En. Querida.. dia pun akan buat begitu bila mana perkara yang sama juga terjadi .. beberapa kali juga aku nampak depan mata aku .. Dia akan bagi sesiapa warga emas dan wanita duduk tempatnya .. dan dia akan kembali semula duduk di sebelah aku sekiranya warga emas atau wanita tersebut turun di destinasinya.. hee tu lah pengalaman bagi aku .. dan rasa bersyukur sangat dikurniakan seorang peneman hidup yang sangat berjiwa murni ..

No comments:

Post a Comment